Skip to main content

Bola Sepak

Pogba teruja kembali sarung jersi Man Utd

pogba.jpg
Paul Pogba tidak sabar-sabar lagi untuk kembali beraksi bersama Manchester United selepas pemenang Piala Dunia itu semakin pulih daripada kecederaan pergelangan kaki.

Selepas hanya terlibat dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, pemain tengah itu hampir pasti akan meningkatkan pilihan kepada pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, di jentera tengah.

Semalam, Pogba berkongsi rakaman sesi latihannya di gimnasium apabila lancar melakukan pergerakan selepas pelindung kakinya dibuka.

"Empat minggu selepas pembedahan, saya berasa baik," katanya dalam satu rakaman di Instagram.

Satu lagi imej dipaparkannya dengan kapsyen: "Tidak sabar-sabar lagi untuk kembali ke padang."

Dalam satu lagi kenyataan, pembelian termahal United dengan harga £89.3 juta (RM479.2 j) itu menulis: "Melampaui batasan anda".

Solskjaer mengambil pendekatan berwaspada sebelum mempertaruhkan Pogba dan pemain tengah Perancis itu diarahkan agar meneruskan sesi pemulihannya tatkala rakan sepasukannya yang lain menuju ke Sepanyol untuk menjalani kem musim panas ketika ini.

Begitupun, Pogba semakin hampir untuk kembali menyarung jersi United.

Bekas bintang Juventus itu berkata: "Kelibat pemain baru United, Bruno Fernandes, daripada Sporting CP bermakna Pogba akan mempunyai gandingan tengah yang baru."

Editor: Shaiful Shamsudin

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found