Skip to main content

Bola Sepak

Pogba terlepas aksi berdepan Southampton

17517paulpogba.jpg
Paul Pogba tidak akan beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Southampton hari ini.

Pemain kebangaan Perancis itu tidak menyertai pasukan ketika bertandang ke White Hart Lane apabila tewas 2-1 kepada Tottenham kerana pemergian bapanya.

Mourinho menjelaskan Pogba akan turut terlepas aksi seterusnya di Stadium St Mary's kerana menghadiri majlis pengebumian.

"Saya tidak berasakan Pogba dapat beraksi," kata Mourinho.

"Pengebumian bapanya akan dijalankan di Perancis dan dia perlu berada di sana.

"Saya berpendapat Pogba masih belum berada pada tahap yang terbaik untuk beraksi, kami memberikan ruang untuk dia bersedia kembali bersama pasukan."

Sementara itu, Mourinho tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap jadual padat yang diharungi United, yang masih berbaki dua perlawanan EPL dan beraksi dalam final Liga Europa (UEL) berdepan Ajax minggu hadapan.

Di sebalik jadual yang padat, Mourinho menyifatkan sebarang langkah menurunkan pemain-pemain yang kurang berpengalaman adalah keputusan yang kurang tepat.

"Saya perlu menghasilkan semangat pemain-pemain sebelum beraksi dalam final UEL.

"Kami tewas kepada Arsenal [2-0], Tottenham [2-1], perlawanan yang kami mahu mendapatkan keputusan. Saya tidak mahu menurunkan pemain-pemain yang dilihat tidak mahu mencari keputusan yang positif

"Daley Blind tidak akan beraksi bertemu Southampton, Marouane Fellaini akan beraksi kerana dia sudah terlepas aksi dalam tiga perlawanan EPL," katanya.

Harapan terakhir United untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) adalah dengan menewaskan Ajax dalam final UEL selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan dan ketinggalan tujuh mata kepada penghuni tangga keempat liga, Manchester City.

Tetapi Mourinho berkata bahawa dua perlawanan domestik adalah lebih penting bagi mempamerkan kesungguhan pemain mencari kemenangan.

"Apa yang saya mahukan daripada pemain-pemain adalah sikap yang positif dan semangat kerjasama di dalam pasukan.

"Kami perlu menyerlahkan yang terbaik dalam aksi final berdepan Ajax, ini merupakan satu-satunya peluang United ke UCL."

Advertisement

Must Watch Video