Skip to main content

Bola Sepak

Pogba penambahan yang baik buat Real -- Varane

pogbavarane.jpg
Raphael Varane percaya rakan senegaranya, Paul Pogba, akan menjadi penambahan yang terbaik jika dia mengambil keputusan untuk menyertai Real Madrid.

Pemain kebangsaan Perancis itu telah dikaitkan akan berhijrah ke Santiago Bernabeu tetapi dia masih lagi kekal bersama Manchester United.

Varane dan Real, yang bergelut dalam saingan pra-musim selepas tewas 1-0 di tangan Tottenham dalam saingan Piala Audi semalam, mendedahkan kelab itu sedia menyambut kedatangan Pogba.

"Pogba adalah pemain yang berkualiti, saya sangat mengenalinya. Dia seorang pemain yang menakjubkan buat mana-mana pasukan," kata Varane.

"Saya mempercayai kebolehan rakan sepasukan. Jika terdapat pemain baru yang hadir ke dalam pasukan, kami akan melihatnya. Saya mempercayai rakan sepasukan."

Real telah tewas tiga daripada empat aksi pra-musim, dengan satu-satunya kemenangan hadir ke atas Arsenal menerusi penentuan penalti dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC).

Varane, bagaimanapun, kekal optimis dengan skuad bimbingan Zidane itu, dengan berkata mereka akan menampilkan permainan yang lebih baik sejurus musim bermula.

"Saya percaya anda sentiasa mahukan peningkatan. Kami sedang mengusahakannya dan saya mempercayai apa yang kami lakukan.

"Sejujurnya, kami kerap melakukan kesilapan individu. Ia bukanlah secara taktikal tetapi hanya kesilapan teknikal. Ia akan diperbetulkan dan saya berasakan kami mula menampilkan peningkatan. 

"Buat masa ini, segalanya tidak memihak kami. Saya masih ingat pada 2017, kami memenangi segalanya tetapi kami bermula dalam pramusim dengan kekalahan.

"Apabila musim bermula, kami akan menampilkan sesuatu yang berbeza," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video