BOLA SEPAK
Pogba pemain paling menakjubkan dalam Serie A -- Gagliardini
Pemain tengah Atalanta, Roberto Gagliardini, menyambut baik apabila ada pihak yang menyamakan dirinya dengan pemain termahal dunia, Paul Pogba, namun beranggapan pemain Perancis itu merupakan pemain tengah terbaik yang pernah disaksikannya.
Gagliardini mula mencuri tumpuan dalam Serie A musim ini sehingga dipanggil mewakili skuad Itali awal bulan ini.
Pengawalan bola yang mantap oleh pemain berusia 22 tahun itu telah membuat beberapa pihak menyamakan kemampuannya dengan bekas bintang Juventus itu dengan pengendali Atalanta, Gian Piero Gasperini, turut menggelar Gagliardini sebagai "Pogba Putih".
Iklan
Walaupun Gagliardini melihat adanya persamaan, dia menegaskan dirinya masih jauh untuk menyamai kualiti pemain itu yang kini berada di Manchester United.
"Dia terlalu hebat," Gagliardini memberitahu Gazetta dello Sport.
"Dia pemain yang paling mengagumkan pernah saya lihat. Dia memiliki fizikal yang kuat dan pengawalan bola yang cukup baik."
Must-Watch Video