Bekas pengendali, Jorge Valdano, berpandangan pemain sasaran, Paul Pogba, mampu menghadirkan gol buat Real Madrid.
Real sedang membuat persiapan berbelanja besar dalam jendela perpindahan selepas musim mengecewakan apabila menyaksikan tiga pengendali mengisi kerusi panas di Santiago Bernabeu dan Piala Dunia Kelab merupakan satu-satunya gelaran yang diraih.
Pemenang Piala Dunia, Pogba, yang merupakan salah satu pilihan buat skuad bimbingan Zinedine Zidane itu, mahu meninggalkan Manchester United selepas musim yang hambar.
Valdano mencadangkan pemain kebangsaan Perancis itu mungkin bukan penyelesai masalah jentera tengah Real, namun dia mampu menghadirkan jaringan.
Pogba telah meledak 13 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk United musim ini.
"Saya tidak berasakan Pogba mampu meningkatkan kualiti Real tetapi dia mampu meledak jaringan," kata Valdano.
"Pogba musim ini telah menjaringkan gol lebih daripada pemain tengah Real.
Real terpaksa menerima kekalahan di tangan pasukan kedua tercorot, Rayo Vallecano, Ahad lalu dan Valdano berang dengan persembahan yang dipamerkan skuad dipenuhi bintang itu, dengan hanya Karim Benzema terlepas daripada kritikan.
"Sebilangan besar pemain dalam kesebelasan utama Real tidak mencapai rentak. Pasukan seperti tiada tulang belakang.
"Mereka seperti bermain untuk diri sendiri dan menuju ke kotak penalti lawan, Real seakan-akan tidak mampu menjaringkan gol tanpa kehadiran Benzema."