Paul Pogba dijangka cergas sempena aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menemukan Manchester United dengan Chelsea apabila dijangka kembali selepas mengalami kekejangan, namun dia bakal terlepas pertemuan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) dengan AC Milan, tengah malam ini.
United akan menghadapi Milan dalam perlawanan ICC terakhir serta muncul satu-satunya pasukan yang boleh menyingkirkan Benfica di puncak kejohanan pra-musim itu, namun The Red Devils perlu menang dengan jumlah tiga gol atau lebih untuk menjulang piala itu.
Bagaimanapun, mereka akan turun tanpa Pogba, yang menyerlah dalam kempen pra-musim biarpun hangat dikaitkan dengan perpindahan, ditimpa masalah belakang ketika berlatih semalam.
Pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, mengesahkan bahawa kempen pra-musim anak buahnya itu sudah berakhir tetapi yakin pemain Perancis berkenaan akan kembali cergas sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari lagi.
"Pada akhir sesi hari ini (semalam), Paul kembali ditimpa kekejangan," kata Solskjaer kepada laman sesawang rasmi United.
"Ini isu sama yang dihadapinya minggu lalu yang menyaksikannya terlepas persiapan di Norway tetapi saya fikir dia boleh diturunkan pada awal minggu depan."
United akan memulakan musim Liga Perdana 2019-20 dengan menentang Chelsea di laman sendiri, Ahad depan.