Jose Mourinho memuji Paul Pogba dengan melabel pemain itu sebagai "raksasa" selepas dia mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan Manchester United menewaskan Leicester City 2-1 di Old Trafford, awal pagi tadi, hanya empat hari selepas kembali ke sesi latihan.
Pogba memainkan peranan penting dalam kejayaan kempen Piala Dunia bersama Perancis dan oleh kerana itu dia dibenarkan United untuk berehat panjang sepanjang pra-musim.
Pemain tengah itu kembali ke sesi latihan Selasa lalu dan sekalipun dia tidak beraksi dalam aksi persahabatan sebelum ini, dia terus diberi kepercayaan empat hari kemudian di Old Trafford.
Memakai lilitan kapten, Pogba membuka jaringan dengan sepakan penalti pada minit ketiga dan memberi aksi berkesan di tengah padang tetapi ia adalah keupayaannya untuk terus mengharungi 80 minit sekalipun kekurangan latihan pra-musim seperti disuarakan Mourinho dalam sidang media selepas perlawanan.
"Sudah tentu pemain mempunyai pra-musim yang betul, mereka berada dalam keadaan yang lebih baik," kata Mourinho.
"(Luke) Shaw, Andreas Pereira, (Eric) Bailly, (Matteo) Darmian, mereka selesa bermain 90 minit.
"(Marcus) Rashford berada dalam masalah tetapi dia bermain. Pogba adalah raksasa. Kami fikir (dia boleh bermain) maksimum 60 minit tetapi dia berjaya mengharungi 80 minit.
"Kemudian, Romelu Lukaku dan Marouane Fellaini bersedia untuk membantu pasukan ini. Saya begitu bersemangat dan ada banyak masa untuk bermain dengan baik.
"Ketika Leicester lebih kuat, kami bermain sebagai pasukan dan mengatasinya dengan baik."
Walaupun ada yang terkejut melihat Pogba terlalu awal beraksi semula selepas berehat daripada Piala Dunia, Mourinho menegaskan ia bukan keputusan sukar untuk menggunakan khidmatnya kerana Pogba mengatakan dia sudah bersedia.
"(Ia) tidak sukar," tambah Mourinho. Keputusan adalah miliknya kerana Andreas Pereira masuk dari bangku simpanan Valencia sebagai pemain sayap untuk memainkan peranan nombor 6; Fred memiliki 10 hari latihan, Liga Ukraine, datang terus ke Old Trafford, Ander Herrera cedera.
"Saya mempunyai dua pilihan: Scott (McTominay) atau Paul tetapi jika saya turunkan Scott, saya gunakan dua pemain muda dan seorang pemain baru, jadi saya bertanya kepada Paul dan dia bersedia untuk pasukannya dan dia sangat bagus untuk kami. "