Mauricio Pochettino tidak akan menolak permintaan daripada mana-mana pemain Tottenham yang ingin berhijrah sekiranya mereka tidak komited sepenuhnya kepada kelab itu.
Spurs mengalahkan Manchester United 3-0 menerusi jaringan Harry Kane dan sentuhan klinikal Lucas Moura, selasa lalu, untuk memastikan kemenangan bergaya.
Mousa Dembele, Danny Rose dan Toby Alderweireld adalah antara tonggak barisan utama di Old Trafford, namun ketiga-tiganya dikaitkan dengan perpindahan -- dua yang terakhir dilaporkan menarik minat daripada United.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pemain itu tetap bertahan. Justeru, Pochettino mengulangi kenyataan bahawa dia tidak akan cuba meyakinkan para pemain yang tidak komited supaya kekal di kelab itu.
"Saya bukan orang yang akan meyakinkan pemain untuk kekal atau tidak," kata Pochettino dalam sidang akhbar.
"Jika mereka mahu pergi, mereka akan pergi. Pemain yang tidak mahu kekal boleh pergi, saya tidak akan meyakinkan pemain untuk kekal jika mereka tidak mahu.
"Ia tidak menjadi masalah jika kami kehilangan tiga pemain kerana kami mempunyai ramai pemain di akademi, tiada masalah. Saya lebih gembira untuk menyimpan semua pemain dan saya lebih gembira jika mereka pergi kerana kami boleh mengetengahkan pemain berusia di bawah 23 tahun. Ia bukan masalah bagi saya."
Tottenham akan menghadapi Watford dalam usaha memenangi tiga perlawanan awal Liga Perdana.