Mauricio Pochettino berkata penyokong Tottenham harus optimis mengenai masa depan sementara dia meletakkan sasaran untuk kembali ke pentas final Liga Juara-Juara (UCL) selepas tewas 2-0 kepada Liverpool di Madrid, awal pagi tadi.
Pengurus Spurs itu mengakui perancangannya tidak berhasil selepas Mohamed Salah memberikan gol pendahuluan buat Liverpool pada minit kedua di Wanda Metropolitano.
Jaringan Divock Origi pada minit ke-87 meranapkan harapan Spurs tetapi Pochettino tiada apa selain memuji usaha Tottenham.
"Kami boleh berbangga dengan usaha kami. Bagaimanapun, kami hadir ke final," katanya.
"Spurs tidak bernasib baik -- kami bolos awal tetapi kami berjuang hingga wisel penamat. Saya berasakan Spurs telah bermain dengan baik. Kami terpaksa mengubah perancangan.
"Penyokong kami menyaksikan buat kali pertama Spurs beraksi dalam perlawanan akhir. Sekarang tiba masa untuk optimis mengenai masa depan," ujarnya.
Pochettino mahu mengambil inspirasi daripada Liverpool yang bangkit daripada tewas 3-1 kepada Real Madrid dalam final musim lalu sebelum menjulang trofi itu musim ini.
Tottenham menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat keempat, 26 mata di belakang pemenang tempat kedua, Liverpool, tetapi Pochettino yakin mereka mampu menjuarai UCL selepas ini.
"Kami perlu belajar daripada pengalaman," katanya.
"Saya sangat gembira kerana memimpin pasukan ini tetapi saya mahu mengucapkan tahniah kepada Liverpool di atas kejayaan mereka."