Mauricio Pochettino yakin dua penyerang, Neymar dan Kylian Mbappe akan kekal di Paris Saint-Germain (PSG) musim depan.
Bintang Brazil, Neymar, ke Paris pada 2017 dari Barcelona dengan yuran perpindahan bernilai EURO222 juta, menjadikan dia pemain termahal dalam sejarah bola sepak.
Dia berulang kali dikaitkan dengan kepulangan ke Sepanyol, baik di Barcelona atau Real Madrid, tetapi prospek perpindahan seperti itu sekarang tampak jauh ketika kelab-kelab tersebut bergelut dengan kesan ekonomi daripada krisis COVID-19.
Real turut dikaiktan dengan pemenang Piala Dunia, Mbappe, yang memiliki kontrak sehingga penghujung musim depan bersama PSG.
Perjanjian Neymar berakhir pada masa sama tetapi Pochettino, yang mengambil alih Thomas Tuchel bulan lalu, percaya PSG melakukan segala daya untuk memastikan pasangan itu akan beraksi untuk juara Perancis musim hadapan.
"Saya percaya bahawa kedua-duanya akan kekal, dan akan tinggal lama di PSG," katanya. "Dan saya tidak meraguinya, saya sangat optimis. Kelab ini berusaha untuk berjaya mengekalkan mereka bersama kami."
"Saya dapat berasakannya, tetapi ia juga apa yang saya lihat. Neymar dan Kylian sangat gembira. Mereka menikmati bola sepak di sini dan saya percaya kelab sedang berusaha untuk mengekalkan mereka."
Pochettino memberikan pujian kepada pemain kebangsaan Perancis itu, dia mengatakan Mbappe memiliki kebijaksaan dalam bola sepak dimiliki oleh pemain yang lebih berusia berbanding 22 tahun.
"Suatu hari saya bercakap dengan salah seorang rakan sepasukannya tentang dia dan kami seperti: 'Siapa yang tidak menyukai Kylian? Senyumannya, tenaganya'
"Dia masih muda, juara dunia pada usia 19 tahun. Dengan bakat yang dimilikinya, wajar untuk jatuh cinta dengan Kylian. Semua orang di sekelilingnya suka dengannya.
"Dia baru berusia 22 tahun tetapi dia budak yang sangat matang. Dia sudah kelihatan seperti seorang lelaki terlatih berusia 35 tahun. Dia sangat matang dan sangat cergas, sangat intuitif, dan dia memahami bahawa ada masa dalam bola sepak, naik turun.
"Anda harus bersikap positif dan anda harus terus berusaha untuk mengubah masa-masa sukar itu. Tetapi kami tidak mempunyai keraguan. Jelas kami bercakap dengan Kylian, tetapi kami juga bercakap dengan semua pemain lain."

A big week ahead ?
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) February 1, 2021
?? #AllezParis