Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, berkata ia amat memalukan untuk bercakap mengenai masa depannya sebelum aksi final Liga Juara-Juara Eropah yang akan menemukan Spurs dengan Liverpool di Wanda Metropolitano, hujung minggu ini.
Pochettino pernah berkata selepas menewaskan Ajax dalam separuh akhir kedua bahawa dia akan mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab itu jika pemainnya melakukan "keajaiban" untuk menjulang trofi berkenaan.
Pengendali kelahiran Argentina itu dikaitkan sebagai pengganti Massimiliano Allgeri, yang meninggalkan Juventus secara mengejut, namun enggan membincangkan masa depannya sehingga tamat perhitungan terakhir di Madrid itu.
"Hari ini, tiada apa yang lebih penting berbanding apa yang sedang menanti kami," katanya dalam sidang media.
"Kami boleh mencipta sejarah. Kami boleh melakar sejarah kami sendiri dan memberikan penyokong dan keluarga mereka kebahagiaan terbesar dalam bola sepak.
"Untuk memikirkan perkara berkaitan individu amat memalukan.
"Saya tidak penting. Kami ada perkara lebih besar yang sedang menanti.
"Khabar angin tetap khabar angin dan ia akan sentiasa ada.
"Fokus kami adalah 200 peratus untuk aksi final.
"Selepas itu, kami ada masa untuk berbincang," katanya.
Spurs tewas kedua-dua aksi liga kepada Liverpool musim ini dengan yang terbaru adalah ketika di Anfield, Mac lalu.
Namun, Pochettino menegaskan keputusan itu tidak akan mempengaruhi aksi final, Ahad ini.
"Ia akan menjadi perlawanan yang amat berbeza.
"Kita tidak boleh bersiap sedia untuk menghadapi final Liga Juara-Juara dengan melihat kepada beberapa bulan lalu.
"Ia situasi pertandingan di mana kami tidak pernah bertemu di antara satu sama lain.
"Kami cukup mengenali, namun kami tidak bersiap sedia dengan memikirkan perlawanan di Wembley dan Anfield.
"Ia akan menjadi kesalahan terbesar dalam keadaan yang berbeza," tambahnya.