Mauricio Pochettino tidak pasti sama ada bek kiri Tottenham, Danny Rose, akan kembali dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim depan selepas pemain itu terpaksa menjalani pembedahan, kelmarin.
Rose mengalami kecederaan ligamen di bahagian lutut ketika berdepan Sunderland, 31 Januari lalu, dan ketika itu pasukan perubatan menjangkakakn pemain itu hanya akan diketepikan selama sebulan.
Bagaimanapun, sehingga kini kelibat Rose masih tidak kelihatan sebelum Spurs memutuskan bahawa pemain itu perlu menjalani pembedahan bagi memastikan tiada kecederaan akan berlaku dalam jangka panjang.
Pemain antarabangsa England itu dijangka akan diketepikan buat beberapa bulan lagi dan Pochettino tidak dapat mengesahkan pemain itu sempat kembali menjelang pembukaan tirai musim 2017-18, Ogos ini.
"Kita perlu tunggu dan lihat sama ada dia sempat kembali Ogos ini," Pochettino memberitahu wartawan menjelang aksi berdepan Leicester City, hari ini.
"Kami perlu menilai reaksinya.
"Selepas itu, kami perlu mengikuti perkembangan pemulihannya. Kami berharap dia akan kembali dengan cepat kerana ia akan membantu pasukan ini.
"Selepas diketepikan selama tiga bulan, sudah tentu ia akan memberi kesan terhadap dirinya. Kami tidak boleh tergesa-gesa dalam proses pemulihan, kecederaan lutut adalah perkara serius."