Mauricio Pochettino akan menangguhkan perbincangan dengan pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy, mengenai masa depannya selaku pengurus sehingga aksi final Liga Juara-Juara Eropah bulan depan.
Spurs mengesahkan tempat dalam aksi final pada 1 Jun ini menerusi kebangkitan menakjubkan ke atas Ajax pertengahan minggu lalu, memadamkan kelebihan tiga gol yang diraih lawan untuk menang hasil gol di tempat lawan susulan keputusan agregat 3-3.
Pochettino, yang sebelum ini dikaitkan dengan Manchester United dan Real Madrid, memberi bayangan sebelum aksi di Amsterdam itu bahawa dia akan mempertimbangkan untuk meletakkan jawatan jika pemainnya mempamerkan kecemerlangan dan menjulang trofi agung itu.
Selepas menghidupkan peluang pertama Spurs di pentas Eropah sejak kali terakhir mara ke final Piala UEFA ketika musim 1983-84, pengendali berusia 47 tahun itu belum mengesahkan statusnya bersama pasukan sehingga berbincang secara peribadi dengan Levy.
"Selepas lima tahun, saya ulang, lima tahun, ia adalah detik untuk menutup cerita," kata Pochettino.
"Ia tidak akan menjadi sama pada 1 atau 6 atau 7 Julai apabila kami memulakan pra-musim. Penting untuk melihat gambaran jelas mengenai perancangan serta cabaran yang bakal dihadapi.
"Jelas sekali lima tahun lalu, keutamaan adalah memastikan stadium siap dibina serta kelengkapan kemudahan di padang latihan. Kami sangat bangga di atas kemampuan menguruskan situasi tersebut. Ia sangat sukar, bagaimana ia memberi kesan kepada aspek bola sepak tampak sangat hebat.
"Memiliki kemampuan untuk menguruskan kedua-dua perkara dan selepas lima tahun berjaya kerana buat pertama kali Spurs mara ke final Liga Juara-Juara, kemudian menyiapkan stadium terbaik di dunia. Ia satu kejayaan besar. Sebab itu kami bangga dalam tempoh lima tahun ini. Namun, apa seterusnya? Itu persoalannya."
Pochettino memuji pemainnya susulan aksi hebat dalam kemenangan 3-2 di Amsterdam, termasuk hatrik dalam babak kedua oleh Lucas Moura membolehkan mereka bakal menentang seteru di England, Liverpool, di pentas akhir.
Dua hari selepas kemenangan tersebut, pengurus dari Argentina itu berkata: "Barisan pemain, staf serta semua orang yang tidak menampilkan wajah tetapi bekerja keras. Saya mahu memberikan ganjaran buat mereka dengan ucapan saya kerana apa yang kami lalui untuk mara serta terus mengejar impian. Ia tidak ternilai.
"Sehingga kini, ia sangat jelas. Cita-cita telah membawa kami ke final Liga Juara-Juara. Tiada siapa percaya jika kami katakan lima tahun lalu bahawa kami akan membuka stadium terbaik di dunia dan beraksi dalam suku akhir, separuh akhir di dalam stadium tersebut. Kemudian, mara ke final Liga Juara-Juara. Anda akan katakan kami mabuk.
"Namun, inilah realitinya. Ia menjadi realiti kerana cita-cita, kesungguhan dan kebolehan kami. Sebab itu saya tidak penat untuk mengulangi bahawa pemain kami adalah wira. Mereka perlu rasa disayangi daripada semua orang di kelab dan sudah tentu peminat kami di atas segala usaha.
"Sebab itu sekarang adalah detik untuk dinikmati, tamatkan kempen dengan bagus esok dan persiapkan diri untuk final kerana ia akan menjadi detik untuk semua peminat kami. Selepas final, akan ada masa untuk berbincang dan mendengar banyak perkara. Apa seterusnya?"