Bekas pengendali Juventus, Marcello Lippi, memberi bayangan bahawa pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, atau ketua jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri, berpotensi untuk menggantikan Massimiliano Allegri di kelab juara Serie A itu.
Allegri akan meninggalkan Juve selepas kunjungan ke Sampdoria pada Ahad depan dan setelah menjulang lima kejuaraan Scudetto berturut-turut sambil persoalan siapa bakal penggantikan pengurus berusia 51 tahun itu telah menjadi tajuk hangat.
Bekas pengendali Napoli, Sarri, dikaitkan untuk kembali ke Itali selepas hanya semusim dalam Liga Perdana Inggeris sambil Pochettino muncul sebagai calon terbaik bersama Simone Inzaghi dan Antonio Conte.
Sarri dan Pochettino akan tampil dalam dua aksi final Eropah tatkala Chelsea akan menentang Arsenal di pentas akhir Liga Europa pada 29 Mei depan dan Spurs bakal berdepan Liverpool dalam perhitungan trofi Liga Juara-Juara, 1 Jun ini.
Dan Lippi -- yang mengendalikan Juve menjulang lima trofi Serie A suatu ketika dahulu -- membayangkan pengumuman pengurus baru akan dilakukan selepas dua aksi final tersebut.
"Mengapa perlu kelab yang diurus sempurna seperti Juve menamakan pengganti Allegri sekarang memandangkan ia keputusan yang sukar tetapi diharapkan mereka menunggu sesetengah kejohanan untuk tamat," kata pengendali berusia 71 tahun itu.
"Kami akan lihat jika pengurus baru hadir daripada dua pentas final yang melibatkan kelab-kelab England, kemudian semua akan faham sebab pengumuman ditangguhkan.
"Tahun ini, kelab England adalah yang terbaik di Eropah tetapi perkara ini merupakan satu kitaran. Saya rasa Sarri berpeluang cerah untuk memenangi Liga Europa, kemudian Sarri yang memiliki keluarga berasal dari Piedmont."
Juventus -- 11 mata mengatasi Napoli di puncak liga -- diikat 1-1 oleh Atalanta minggu lalu dalam aksi terakhir di bawah kendalian Allegri di laman sendiri.