Mauricio Pochettino mengakui bimbang dengan tahap kecergasan Dele Alli selepas mendedahkan pemain tengah Tottenham itu dijangka terlepas permulaan musim selepas mengalami kecederaan hamstring.
Alli diketepikan daripada aksi persahabatan pra-musim terakhir Tottenham berdepan Inter semalam dan kini berlumba dengan masa untuk cergas menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Aston Villa.
Pemain berusia 23 tahun itu terlepas beberapa perlawanan gara-gara kecederaan musim lalu dan Pochettino meluahkan kebimbangannya terhadap tempoh masa bintang itu akan diketepikan daripada skuad utama.
"Saya tidak tahu sama ada kelab menyedari situasi ini tetapi saya percaya Alli tidak akan sempat beraksi pada permulaan musim ini," katanya.
"Ia merupakan kecederaan yang sama seperti sebelum ini. Sememangnya kami sangat bimbang. Dia masih muda -- baru sahaja berusia 23 tahun -- dan telah dihimpit banyak kecederaan.
"Kami sedang cuba untuk membantunya. Saya berasakan ia hanyalah kecederaan ringan -- mungkin dia perlu direhatkan untuk beberapa minggu sebelum kembali beraksi bersama pasukan."
Tottenham turut tanpa Serge Aurier, Juan Foyth, Victor Wanyama dan Eric Dier untuk aksi persahabatan dengan Inter di laman sendiri, di mana mereka tewas 4-3 menerusi penentuan penalti selepas seri 1-1 -- jaringan pembukaan Lucas Moura dinafikan oleh Stefano Sensi.
Pochettino mengakui selepas tamat perlawanan bahawa barisan pemainnya masih lagi belum berada di tahap kecergasan yang optimum menjelang pembukaan saingan musim baru.
"Buat masa ini, saya masih tidak boleh memberitahu tempoh yang diperlukan Foyth untuk pulih dan beraksi bersama pasukan.
"Ia merupakan kecederaan yang sangat serius dan memakan masa yang lama untuk sembuh. Kami berharap dia dapat pulih dan beraksi bersama kami.
"Aurier, Wanyama dan Dier telah mula berlatih. Mereka diberikan masa untuk kekal di padang latihan berbanding diturunkan dalam aksi persahabatan.
"Buat masa ini, kami akan memerlukan peningkatan dalam mutu permainan. Kami memiliki seminggu lagi untuk membuat persiapan berdepan Aston Villa."
Pemain baru, Tanguy Ndombele, membuat penampilan sulung dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) dan Pochettino tidak menolak terdapat beberapa lagi pemain baru yang bakal menyertai Spurs sebelum tamat jendela perpindahan walaupun kurang berbincang dengan pengerusi kelab, Daniel Levy.
"Saya sangat gembira dengan skuad ini. Anda dapat melihat ramai pemain muda turun beraksi.
"Setiap musim, kami sentiasa terbuka untuk memperkuatkan pasukan dan cuba menurunkan pemain yang sesuai untuk pasukan.
"Ketika ini, Levy berada di Miami dan saya tidak berpeluang untuk berbincang dengannya."