Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Play-off kelayakan Piala Dunia: Pengorbanan tidak pulang beraya jadi azimat

farizal-marlias-malaysia.jpg
Ketua pasukan negara, Farizal Marlias, ingin menjadikan pengorbanan tidak berhari raya terbalas menerusi kemenangan pertama ke atas Timor Leste dalam pertemuan pertama play-off kelayakan Piala Dunia Qatar 2022, esok.

Berjauhan daripada keluarga dan sanak-saudara, Farizal menuntut pengorbanan itu perlu dilunaskan dengan kemenangan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Dia yang semakin selesa dengan lilitan di lengan mengakui perlu memikul amanah yang diberikan dengan sasaran bukan setakat aksi 90 minit adalah penting, sebaliknya kegembiraan pasukan selepas perlawanan. 

Itu bermaksud skuad Harimau Malaya tidak memiliki banyak pilihan dan memerlukan kemenangan.

"Sesiapapun boleh bertindak sebagai ketua pasukan tetapi dengan amanah yang diberikan, saya perlu berikan sehabis baik buat pasukan kebangsaan. 

"Saya ingin menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Sementara itu, kapten pelawat, Joao Pedro Da Silva, melahirkan rasa kecewa ekoran keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang menetapkan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Bukit Jalil.

Bagi pemain yang beraksi dalam kancah divisyen ketiga Thailand itu, ia benar-benar memberi kerugian buat mereka. 

"Ia sesuatu yang mengecewakan saya kerana perlu beraksi sebagai tuan rumah di negara luar.

"Kalau bermain di negara lain, kami mempunyai peluang lebih baik untuk menang ke atas Malaysia," kata pemain berusia 18 tahun itu.
 

Advertisement

Must Watch Video