Pemain pertahanan PKNS FC, Mohd Fauzan Dzulkifli, optimis pasukannya mampu menjelmakan aksi terbaik walaupun tanpa kapten dan penyerang utama, Safee Sali, yang digantung satu perlawanan, dalam aksi Liga Super menentang Kedah di Stadium Shah Alam, esok.
Fauzan mengakui Safee adalah antara tonggak utama PKNS musim ini kerana walaupun hanya meraih tiga gol dalam saingan liga, bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu kerap mencipta peluang jaringan buat rakan lain.
Tetapi Fauzan percaya pemain yang diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama esok, sedar akan tanggungjawab mereka bagi memastikan keputusan positif berdepan Kedah.
Katanya, dengan hanya 10 mata selepas 11 perlawanan, tiga mata amat penting buat PKNS mengukuhkan kedudukan liga, apabila berada di tangga ke-10 ketika ini.
"Motivasi kami tetap sama walaupun tanpa kelibat Safee. Pemain lain juga mampu menggalas tanggungjawab masing-masing.
"Safee kapten kami dan sudah tentu kami merasai kehilangannya tetapi pemain lain mampu mengisi kekosongan itu."
Dalam pada itu, jurulatih PKNS, E. Elavarasan, mahu barisan pertahanan mengekalkan keampuhan benteng apabila berdepan skuad Hijau Kuning itu.
Dia berkata lawan berpengalaman seperti Kedah mampu menghukum mereka jika barisan benteng alpa dalam menangani asakan jentera serangan.
"Kekuatan mereka terletak di bahagian serangan, jadi kami perlu memberi tumpuan dalam aspek pertahanan. Yang penting, kami tidak boleh bolos."
Setakat ini, statistik agak seimbang dengan kedua-dua pasukan pernah meraih tiga kemenangan.
Kali terakhir PKNS dan Kedah berentap dalam saingan liga ialah pada awal bulan lalu dengan menyaksikan keputusan seri 1-1.