Penjaga gol PKNS FC, Zamer Selamat, optimis pasukannya berada di landasan tepat bagi menghadapi pusingan kedua Liga Super bermula dengan aksi berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), 24 Mei ini.
Keyakinan Zamer adalah berlandaskan semangat juang tinggi pemain PKNS dalam beberapa perlawanan sebelum ini, termasuk ketika seri 4-4 berdepan Kedah.
Bagaimanapun, Zamer mengakui masih ada bebrapa kelemahan yang perlu diperbaiki, khususnya komunikasi antara pemain pertahanan dan penjaga gol.
"Satu perkara yang bagus tentang PKNS ini kami memiliki semangat juang tinggi. Walaupun tengah ketinggalan, kami mampu bangkit untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.
"Buat masa ini, masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki, antaranya komunikasi di antara pemain," jelas Zamer.
Malangnya, PKNS tidak dapat mengerah keringat penyerang utama, Safee Sali.
Kapten PKNS itu terikat dengan perjanjian di antara pengurusan PKNS dan JDT selepas penyerang kebangsaan itu meninggalkan Harimau Selatan awal musim ini.
"Berdepan Kedah tempoh hari, rakan sepasukan bermain dengan baik walaupun tanpa kehadiran saya. Jadi, saya yakin berdepan JDT mereka akan meneruskan semangat juang sama," kata Safee.