Skip to main content

Bola Sepak

PKNS ikat Perak di Shah Alam

59039489_2631869886885500_6969775865982877696_o.jpg
PKNS 3 PERAK 3

PKNS dan Perak terpaksa berkongsi mata selepas seri 3-3 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam, malam ini.


Hasrat skuad tuan rumah kendalian Datuk K. Rajagobal itu meraih tiga mata di laman sendiri tidak kesampaian apabila membenarkan pelawat bangkit mengimbangi kedudukan lewat dalam perlawanan.

PKNS terlebih dahulu membuka jaringan pada minit kelima menerusi Kpah Sherman sebelum Brendan Gan mengikat kedudukan 1-1 enam minit kemudian.

PKNS kembali di hadapan dua mint sebelum tamat separuh masa pertama apabila jaringan Nicholas Swirad membenarkan pasukan itu mendahului 2-1.

Skuad pelawat pimpinan Mehmet Durakovic itu, bagaimanapun, bangkit menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua. J. Partiban meledak gol empat minit selepas perlawanan bersambung, namun mereka gagal bertahan dengan cemerlang sebelum Sherman menyumbat jaringan ketiga PKNS.

Mengejar permainan adalah kesimpulan buat Perak dalam aksi di Shah Alam apabila mereka sekali lagi mengikat kedudukan pada minit ke-80 hasil gol yang disumbang oleh Nazirul Naim Che Hashim.

Dalam satu lagi aksi yang berlangsung di Stadium Darulaman, Kedah merakamkan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Kuala Lumpur.

Dua gol daripada Jonatan Bauman dan Fernando Rodriguez sementara satu daripada Shakir Hamzah memastikan tiga mata buat skuad Lang Merah manakala jaringan Kuala Lumpur terhasil menerusi Indra Putra Mahyuddin dan Guilherme de Paula.

Advertisement

Must Watch Video