Skip to main content

Bola Sepak

PKNS gagal manfaatkan kelebihan -- Elavarasan

10517elavarasan.jpg
Pengendali PKNS, E. Elavarasan, menyifatkan skuad kendaliannya sepatutnya meraih tiga mata penuh ketika berdepan Kedah dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Shah Alam, semalam.

Kedah beraksi tanpa tanpa empat tonggak utama seperti Liridon Krasniqi dan Rizal Ghazali yang masing-masing menjalani penggantungan kad kuning dan merah.

Dua lagi pemain, Halim Saari serta Zac Anderson terpaksa disisihkan akibat kecederaan.

Elavarasan menyedari ia merupakan satu peluang buat mereka untuk meraih kemenangan, namun terpaksa sekadar berpuas hati dengan satu mata.

"Kami amat bertuah meraih sepakan penalti di penghujung perlawanan. Saya melihat keputusan ini amat merugikan kerana Kedah tidak menurunkan kesebelasan terbaik mereka.  Sasaran kami adalah memastikan mereka pulang tanpa sebarang mata," kata Elavarasan.

Sementara itu, jurulatih sementara Kedah, Nidzam Adha Yusof, mengakui kegagalan mengekalkan tumpuan pada penghujung permainan menjadi punca skuad Lang Merah pulang dengan satu mata.

"Kami telah mendahului perlawanan 3-1 dalam separuh masa pertama. Kami perlu melihat semula kesilapan kami kerana telah melepaskan gol yang mudah kepada pasukan lawan," kata Nidzam.

Kedah membuka jaringan menerusi Ken Ilso pada minit kelima sebelum dipadamkan Patrick Ronaldinho Wleh sembilan minit kemudian.

Selepas dua gol diperolehi Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-17 dan 23, Matias Hadwa dan Lucas Espindola membawa PKNS untuk bangkit menyamakan kedudukan 3-3.

Selepas itu, kedua-dua pasukan dihadiahkan sepakan penalti dalam masa kecederaan. 

Sandro da Silva menyempurnakan sepakan sebelum kedudukan terikat sekali lagi menerusi jaringan penalti Hadwa.

Advertisement

Must Watch Video