Skip to main content

Bola Sepak

PKNS buru slot suku akhir lebih awal

rajagobal.jpg
PKNS FC tidak mahu menunggu sehingga perlawanan terakhir untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia apabila ingin melunaskan misi mereka dengan segera ketika berentap dengan Melaka United di Stadium Shah Alam, malam ini. 

Pengendali PKNS, Datuk K. Rajagobal, melihat ini kesempatan terbaik buat Semut Merah selepas mendapat momentum kemenangan ke atas pencabar utama, Felda United, dalam aksi terakhir Kumpulan B.

Tidak mahu sehingga aksi terakhir dengan PDRM untuk menjamin tempat, Rajagobal menggesa para pemainnya mengekalkan tahap prestasi yang sama apabila bertempur dengan Melaka United. 

"Amat penting kami mendapatkan kemenangan dan pada masa sama, penting untuk melihat kedudukan kami.

"Saya tidak boleh terlalu yakin bahawa jika menang, kami sudah berada selangkah ke hadapan. 

"Ini kerana ketiga-tiga pasukan Kumpulan B di landasan untuk mara ke suku akhir," kata Rajagobal. 

Sementara itu, Faris Ramli yang berdebar menanti kelahiran cahaya mata mengakui ia satu persaingan yang sihat dengan Bruno Matos bagi merebut slot terakhir pemain import dalam pasukan.

Walaupun kelibatnya silih berganti dengan Matos, Faris tidak berkecil hati asalkan ia membantu kepada kejayaan pasukan.

"Ia persaingan sihat di antara saya dan Matos, begitu juga dengan tonggak import yang lain. 

"Jurulatih mempunyai tugas sukar untuk menentukan peranan import memandangkan dalam saingan Piala Malaysia, hanya empat pemain import dibenarkan turun dalam satu-satu masa," kata Faris. 
 

Advertisement

Must Watch Video