Skip to main content

Bola Sepak

PKNP waspada bertemu MISC-MIFA

pknp-040517_1.jpg
PKNP FC tidak mengambil mudah pertemuan menentang MISC-MIFA dalam perlawanan pembukaan pusingan kedua Liga Perdana apabila kedua-dua pasukan bertemu di Ipoh, esok.

Menurut ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, walaupun telah bertemu beberapa kali sebelum ini, MISC-MIFA adalah pasukan yang mampu mengejutkan.

"Walaupun ketika ini mereka (MIFA) berdepan sedikit masalah, mereka datang tanpa tekanan. 

"Saya lihat objektif mereka adalah untuk mencari mata untuk elak penyingkiran liga," katanya.

"Kami pula ada misi dan mahu kekalkan momentum. Masing-masing ada sasaran.  

"Apa yang saya rasa, pertembungan esok pasti sengit," ujarnya lagi.

PKNP masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah di halaman sendiri dengan mengumpul 22 mata dan berada di kedudukan ketiga liga.

Advertisement

Must Watch Video