Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

PKNP tanpa tiga tonggak utama

sukri-hamid-pknp.jpg
PKNP FC akan turun menentang PKNS FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung malam ini tanpa tiga tonggak, Yashir Pinto Islame, Fadhil Idris dan Mohammad Shukri Hamid.

Yashir dan Fadhil terpaksa disisihkan kerana penggantungan manakala Shukri akibat kecederaan.

Ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim, berkata ketiadaan mereka akan merumitkan lagi tugas pasukan untuk mengutip mata penuh dalam usaha menyelamatkan diri tersingkir daripada Liga Super tahun depan.

"Saya tidak mahu mengambil risiko dengan menurunkan pemain yang tidak bersedia sepenuhnya," ujarnya.

Begitupun, beliau yakin dapat mencari pengganti bagi mengisi kekosongan itu.

"Siapa saja yang diberi tugas itu diharap mampu melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Kami mahu menang bagi mengukuhkan kedudukan," katanya.

Jurulatih itu yakin peluang tuan rumah mengutip mata cerah kerana prestasi lawan juga tidak konsisten ketika ini.

"Saya berharap pemain mempamerkan perwatakan dan persembahan terbaik serta mengelak daripada melakukan kesilapan," katanya.

Kedudukan PKNP FC ibarat telur di hujung tanduk kerana menduduki tangga ke-11 dengan mengutip 13 mata.

 

Advertisement

Must Watch Video