PKNP FC akan melakukan rombakan bagi menghadapi semula Perak dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di laman sendiri, Selasa ini.
Bagi ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim, tindakan itu bagi memperkemaskan pasukan jika tidak mahu menerima nasib yang sama, tumpas 0-4 di tangan skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu berulang.
Menurutnya, kekalahan besar perlu dielakkan agar PKNP tidak menghadapi kesukaran apabila membuat perhitungan dalam perlawanan kedua di Ipoh selepas itu.
"Benteng serta bahagian tengah kami longgar. Perak mempunyai pemain berkualiti dan berupaya menguasai bahagian itu," katanya.
Dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung malam tadi, PKNP dimusnahkan oleh dua jaringan Gilmar Jose Da Silva serta masing-masing satu oleh Brendan Gan dan Shahrul Mohd Saad.
"Kami longgar di bahagian pertahanan dan tengah. Jadi, perlu ada rombakan untuk memperbaiki kelemahan bagi perlawanan Selasa ini," katanya.
Pada masa sama, Abu Bakar berkata penyudah pasukan itu juga tumpul walaupun ada peluang dimiliki.
Apapun, jurulatih itu akur dengan kelebihan Perak kerana memiliki pemain lebih berkualiti.
"Memang kami menghadapi tugas berat dan sukar tetapi perjuangan tetap diteruskan.
"Dalam bola sepak apa saja boleh berlaku. Jadi, tidak ada sebab untuk pemain saya berhenti berjuang," katanya.