KEDAH 1 PKNP FC 1
Hasrat Kedah untuk melonjak ke tangga kedua Liga Super musnah selepas diikat PKNP FC 1-1 dalam aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar, sebentar tadi.
Jaringan dalam babak kedua oleh Azammuddin Akil menyaksikan skuad Hijau Kuning itu tidak dapat memintas Pahang dalam carta liga tatkala PKNP terlepas peluang meraih tiga mata selepas gol dalam waktu kecederaan dibatalkan akibat ofsaid.
Melayan kunjungan anak buah Abu Bakar Fadzim itu, Kedah meletakkan Fernando Rodriguez bagi mengetuai jentera serangan sambil menerima sokongan daripada rangkaian Azammuddin, Edgar Bernhardt dan Hidhir Idris dari tengah.
Namun, kubu pelawat kebal daripada dibolosi meskipun skuad Lang Merah itu jelas menguasai perlawanan tatkala penjaga gol, Khairul Thaqif Shah Kamal Bashah, tenang mematahkan serangan tuan rumah, termasuk percubaan dari luar petak penalti daripada kapten, Baddrol Bakhtiar.
Rodriguez hampir meletakkan Kedah di depan pada minit ke-40 apabila bola lambungan Azammuddin singgah tepat ke kepala penyerang kelahiran Sepanyol itu, namun tandukannya sedikit melewati palang, sekali gus menjadikan kedudukan terikat 0-0 menuju rehat.
Bagaimanapun, anak buah Aidil Sharin Sahak itu hanya memerlukan tempoh lima minit selepas permainan bersambung untuk memecah kebuntuan.
Kesilapan komunikasi di antara Khairul Thaqif dan barisan pertahanan membolehkan bekas pemain kebangsaan itu meluru untuk mudah menolak bola masuk dan menceriakan penyokong tuan rumah.
Peluang hadir buat pelawat untuk menyamakan kedudukan padaminit ke-68 apabila Ifwat Akmal Chek Kassim gagal menangkap kemas bola sepakan Hafiz Ramdan tetapi bekas pemain Melaka, Yashir Pinto, terjatuh di depan gol ketika cuba menyambar bola muntah.
Kedah juga dianugerahkan sepakan percuma di dalam petak penalti selepas Khairul Thaqif menangkap bola yang dikawal rakan sepasukan tetapi rembatan kaki kanan Renan Da Silva tepat ke dakapan penjaga gol berusia 23 tahun itu.
Jaringan penyamaan yang diburu PKNP akhirnya menjelma apabila Giancarlo Lopes Rodrigues melonjak tinggi untuk menyudahkan hantaran daripada sepakan sudut pada minit ke-78.
Selepas jaringan kedua dalam waktu kecederaan oleh penggempur dari Brazil itu dibatalkan, kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat, sekali gus meranapkan hasrat tuan rumah untuk naik ke tangga kedua liga dalam tempoh sekurang-kurangnya sehari.
Kredit foto: Facebook PKNP FC
Keputusan lain:
Liga Super
PKNS FC 1 TERENGGANU 2
Liga Perdana
JDT II 0 SABAH 1
KELANTAN 2 SELANGOR UNITED 0