PKNP FC 2 TERENGGANU 2
Tuan rumah, PKNP FC, gagal mempertahankan kelebihan yang dimiliki apabila sekadar seri 2-2 dengan Terengganu dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam ini.
Walaupun mendahului dua kali, anak buah Abu Bakar Fadzim itu tidak dapat menghalang skuad Penyu berkenaan daripada berkongsi mata dengan mereka.
Dalam perlawanan pertama pusingan kedua itu, PKNP berjaya mengulangi persembahan bertenaga seperti ketika seri 0-0 dengan Perak, Selasa lalu.
Amani Aguinaldo membuka jaringan tuan rumah pada minit ke-24 tetapi Kipre Tcheche memadam kelebihan itu enam minit kemudian apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30.
Bagaimanapun, Thomas Abbey meletakkan PKNP FC kembali di hadapan pada minit ke-34 untuk pasukannya mendahului 2-1 pada waktu rehat.
Skrip babak kedua tidak berubah dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Terengganu, bagaimanapun, lebih bernasib baik apabila Sanjar Shaakhmedov menewaskan Mohd Asyraf Omar untuk menyelamatkan skuad Penyu itu daripada kekalahan kali kedua di tangan anak buah Abu Bakar itu musim ini selepas tumpas 1-2 di Kuala Terengganu sebelum ini.