LIGA SUPER MSIA
PKNP FC menang nasib -- Wing Hoong
Penolong jurulatih PKNP FC, Chan Wing Hoong, menyifatkan kejayaan pasukannya menewaskan Melaka 1-0 di Stadium Manjung semalam sebagai kemenangan nasib.
"Nasib nyata menyebelahi kami. Gol kemenangan kami adalah dengan bantuan pemain Melaka sendiri.
"Apapun, menang tetap menang tidak kira cara macam mana," katanya.
Iklan
Pada masa sama, Wing Hoong tidak menafikan kesungguhan dan kerja kuat anak buahnya sepanjang 90 minit perlawanan itu menjadi faktor yang membantu kejayaan tersebut.
"Mereka mengekalkan taktikal disiplin dan bermain mengikut perancangan.
"Setiap pemain bekerja keras. Ini kemenangan pertama kami di tempat sendiri.
"Tahniah diucapkan kepada setiap pemain," katanya yang gembira dengan kemenangan keempat berturut-turut pasukan itu, termasuk dalam Piala FA.
Begitupun, Wing Hoong juga mengingatkan pemain PKNP FC supaya tidak terlalu gembira sehingga leka.
"Masih ada perjuangan yang belum selesai kerana selepas ini, kami akan turun untuk menghadapi PDRM dalam saingan Piala FA, Rabu ini.
"Jadi, pemain belum boleh mendabik dada dengan kemenangan ini," ujarnya.
Must-Watch Video