Jodoh pemain Tajikistan, Siyovush Asrorov, dengan PKNP FC tidak kekal lama selepas digantikan oleh pemain dari Brazil, Pedro Victor Calil Sandoval.
Perkara itu dimaklumkan Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, dalam satu sidang akhbar di Meru Raya, Ipoh, hari ini.
Menurutnya, pengambilan Pedro, 25, yang boleh bertindak selaku bek tengah dan pemain tengah bertahan, dilakukan bagi mengukuhkan benteng pasukan itu yang rapuh setakat ini.
"Kami berharap dia akan menjadi penyelesaian kepada kerapuhan benteng agar kami dapat memberikan cabaran dalam baki saingan Liga Malaysia (Liga-M), terutama dalam suku akhir kedua Piala FA menentang Perak malam esok," katanya.
Menurutnya, Pedro akan diturunkan malam esok kerana semua dokumen, terutama Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC), sudah diterima.
"Dia sudah seminggu berlatih dengan pasukan dan kami memeterai ikatan selepas lulus ujian dan berpuas hati dengan pemain itu," katanya lagi.
Pemain yang berasal dari Sao Paolo itu akan bergandingan dengan empat awang import, iaitu Yashir Pinto Islame, Thomas Abbey, Amani Aguinaldo dan Giancarlo Lopes Rodriguez.
Presiden PKNP FC itu juga berkata setakat ini beliau masih belum berpuas hati dengan persembahan penyerang import dan memberikan tempoh hingga 26 Mei ini untuk mereka membuktikan kemampuan.
"Kami sedang menilai pemain terbabit dan akan menukarnya jika perlu sebelum jendela perpindahan kedua ditutup pada 29 Mei ini," ujarnya.