Skip to main content

Bola Sepak

PKNP FC buru kemenangan pertama di Manjung

pknp.jpg
Tanpa sebarang kemenangan di tempat sendiri, PKNP FC berharap dapat meraih kemenangan ke atas Melaka di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), malam ini.

"Kami belum menang sekali pun di gelanggang sendiri setakat ini.

"Saya berharap kami berupaya untuk menamatkan penantian itu malam ini," kata penolong jurulatih PKNP FC, Chan Wing Hoong.

Dalam tiga perlawanan di Stadium MPM setakat ini, PKNP FC tumpas 0-2 kepada Kedah, 2-3 kepada Petaling Jaya City FC dan 0-3 kepada Pahang.

Begitupun, segala-galanyanya berubah sejak pasukan itu meraih kemenangan 4-0 ke atas Kuala Lumpur, 30 Mac lalu.

PKNP FC kemudian merakam kemenangan 2-1 ke atas Batu Dua FC dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Kejayaan itu menyuntik semangat dan keyakinan pemain kelab berkenaan untuk merakam kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC di tempat yang sama, empat hari kemudian.

"Tiga kemenangan ini sudah pasti menjadi motivasi kepada pasukan.

"Ia meletakkan pasukan ini di landasan yang betul bagi membuat perhitungan dengan anak buah Zainal Abidin Hassan, malam ini.

"Saya berharap mereka mampu mengulangi persembahan bertenaga seperti dalam tiga perlawanan itu," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video