Tiada pakatan atau belas kasihan, sebaliknya PKNP FC akan turun berbekalkan semangat Liverpool bagi membuat perhitungan dengan Perak dalam suku akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, malam esok.
Kejayaan kelab Inggeris itu, yang bangkit memadam defisit 3-0 kepada Barcelona dengan mencatatkan kemenangan 4-0 di Anfield dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL), menjadi semangat dan azimat buat skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu.
Presiden PKNP FC, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, memberi amaran bahawa tiada istilah "adik-beradik" dalam pertembungan malam esok.
"Kami datang untuk menang. Sentimen kekeluargaan tiada dalam bola sepak.
"Kami mahu mengulangi pencapaian mara ke separuh akhir seperti tahun lalu.
"Jadi, Perak perlu berhati-hati dan bersiap sedia kerana kami juga mahu menjadi seperti Liverpool," katanya yang juga peminat tegar pasukan The Reds itu.
Zainol berkata sebagai usaha memperkukuhkan pasukan, PKNP FC mengikat pemain import baru, Pedro Victor Calil Sandoval, bagi menggantikan Sivoyush Asrorov di bahagian benteng.
"Selepas berjaya mengikat mereka 0-0 di Seri Manjung pada 30 April lalu, saya yakin pemain PKNP FC tahu apa yang perlu dilakukan.
"Ditambah dengan kehadiran pemain import baru, saya yakin kemampuan pasukan ini semakin mantap," katanya selepas majlis memperkenalkan Pedro di Meru Raya, Ipoh, hari ini.
Zainol, yang juga Penasihat Menteri Besar Perak, berharap pemain PKNP FC tidak menghiraukan reputasi lawan biarpun Perak diakui memiliki kelebihan.