Skip to main content

Bola Sepak

PKNP buru pemain import kuota Asia

pknp-040517-2_1.jpg
PKNP FC lebih serius untuk menjadi antara pencabar utama dalam perebutan takhta Liga Perdana dan kejohanan Piala Malaysia musim ini. 

Lantas, pasukan berstatus kelab itu berusaha memantapkan pasukan dengan tambahan pemain import kuota Asia.

Menurut pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim, beliau melihat ini sebagai persiapan pasukan untuk lebih relevan dan mampu mencabar. 

"Kami ada kuota pemain import Asia. 

"Jika pemain itu dirasakan bersesuaian dan berkaliber, kami akan ambil.

"Sasaran kami adalah mahu mengekalkan momentum.  

"Oleh itu, kami perlu tingkatkan prestasi. Dengan adanya pemain import, terutama di bahagian serangan, pasti dapat membantu", ujarnya.

Dalam masa yang sama, jurulatih itu kagum dengan bakat muda PKNP sedia ada.

"Mereka boleh dikatakan baru dan mengutip pengalaman semasa bersaing dalam pusingan pertama liga dan Piala FA.  

"Tetapi, mereka membuktikannya melalui keputusan. Itu yang saya bangga," katanya lagi.

PKNP akan bertemu MISC-MIFA dalam pusingan kedua liga di Ipoh esok.
 

Advertisement

Must Watch Video