Skip to main content

Bola Sepak

PJ City tetap yakin tanpa Khairil Anuar, Darren Lok ke Kuala Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairul-anuar-zamri.jpg
Ketua jurulatih Petaling Jaya (PJ) City, P. Maniam, pasrah dengan pemain hukuman penggantungan dua perlawanan yang dikenakan terhadap Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri.

Pemain tengah itu antara yang dihukum di samping pemain Selangor FC II, Hein Htet Aung sementara Jack Raymond Hindle (Kelantan FC) dan  Alex Goncalves (Melaka United) diberi amaran keras supaya tidak mengulangi perbuatan sama berkasar dengan pengadil selepas Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersidang semalam. 

Tonggak berusia 26 tahun itu terpaksa diketepikan dalam dua aksi penting menentang Terengganu pada 2 April dan Kuala Lumpur (7  April).

"Kami bakal kehilangan seorang pemain yang mustahak tetapi kami masih ada penggantinya. 

"Ramai pemain seperti Mahali Jasuli yang boleh mengambil tempatnya termasuk pemain-pemain lain. 

"Dia tetap bermotivasi malah dalam latihan pagi ini, dia menunjukkan komitmen 100 peratus.

"Walaupun dia tidak akan bermain dalam dua perlawanan selepas ini, dia tetap positif," kata Maniam. 

 
Posted by PJ City FC on Saturday, March 27, 2021



Beto dihukum peggantungan ekoran tindakannya yang sengaja melakukan simulasi di dalam kotak penalti ketika menentang Melaka United fc pada 10 Mac lalu.

Maniam turut berdepan cabaran hebat untuk bertandang ke Kuala Terengganu tanpa kelibat penggempur utama, Darren Lok, yang masih dibelenggu kecederaan.

Bagaimanapun, dia pasti kelibat pemain lain turut akan memberi corak permainan yang sama hebatnya.

"Saya rasa Darren tidak dapat beraksi ketika menentang Terengganu kelak. 

"Pemain simpanan seperti Muhammad Syahmi Zamri dan Khyril Muhymeen Zambri nampak bersedia yang main. 

"Kami ada pengganti yang baik juga walaupun ketiadaan Daren akan dirindui selepas dia menunjukkan prestasi yang baik."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video