Andrea Pirlo akan berusaha untuk memastikan Juventus tidak menganggap tugasnya sudah selesai menjelang perlawanan kedua separuh akhir Coppa Italia menentang Inter, kemaraan yang disifatkannya sebagai perlu memenanginya dengan apa cara sekalipun.
Bianconeri kembali ke Turin dengan bekalan 2-1 hasil jaringan berganda Cristiano Ronaldo di San Siro minggu lalu bagi memadam gol pembukaan tuan rumah menerusi Lautaro Martinez.
Juve memburu kejuaraan Serie A ke-10 berturut-turut musim ini, namun gagal mendominasi pentas Coppa Italia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mereka tewas dalam final musim lalu ketika di bawah kendalian Maurizio Sarri selain memenangi kejohanan ini sebanyak empat kali dalam masa 26 tahun, iaitu kejayaan dalam empat kempen berturut-turut sejak musim 2014-15.
Pengurus itu tidak menyembunyikan hasratnya demi mencapai kejayaan, lantas menuntut Juve supaya mengekalkan persembahannya mereka selepas mencatat enam kemenangan dan hanya sekali dibolosi selain menawan Supercoppa Italiana.
"Kami harus beraksi seperti dalam perlawanan terakhir," katanya kepada Juventus TV.
"Ini adalah pertemuan timbal balik dan ia satu cabaran besar untuk kami menghidupkan peluang ke final, ia adalah satu sasaran yang harus kami capai dengan apa jua caranya.
"Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar dan sengit, namun kami sedia menghadapinya dengan cara terbaik.
"Kami harus bermula dengan sikap serupa, iaitu bermula di kedudukan 0-0. Kami tidak boleh bergantung dengan keputusan perlawanan pertama kerana semuanya telah diatur semula.
"Seolah-olah ini adalah satu perlawanan akhir, final, jadi kami harus memiliki sikap agresif pemain yang sedar apa yang mereka mahukan. Kami perlu fokus sepenuhnya kerana adalah amat penting untuk mara."
Juve sempat tewas 0-2 kepada Inter dalam liga selain dijinakkan Barcelona dan Fiorentina musim ini.
Begitupun, pengurus itu berasakan kemerosotan terbabit hanya menjadikan pasukannya bertambah kuat dengan menjelaskan: "Aspek mental menjadi lebih baik.
"Kami sangat positif dan kami percaya dengan apa yang kami lakukan dan ini adalah titik permulaan yang baik. Kami mempunyai sasaran spesifik yang ingin dicapai dan kami mengusahakannya.
"Kekalahan telah meyakinkan kami bahawa kami perlu berusaha keras. Kami memiliki kualiti yang hebat dalam keseluruhan kumpulan pemain ini. Kami mempunyai 23 pemain utama yang mampu diturunkan dalam sebarang perlawanan dan kami sedang berusaha untuk ini."

Pure #FinoAllaFine spirit from @divaio9 in this #JuveInter! ⚽️⚽️#CoppaItalia pic.twitter.com/eMrXTj3eSn
— JuventusFC (@juventusfcen) February 8, 2021