Gerard Pique berkata dia mahu melihat bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar, kembali bersama juara bertahan LaLiga, Barcelona.
Neymar mahu meninggalkan PSG dan dikaitkan dengan kepulangan ke Barca, dua tahun selepas bergelar pemain termahal dunia sewaktu menyertai PSG dengan nilai EUR222 juta (RM1.08 bilion).
Real Madrid turut berpotensi untuk menjadi destinasi seterusnya buat Neymar sebelum jendela perpindahan tamat pada 2 September ini tetapi bek Barca, Pique, gembira jika pemain berusia 27 tahun itu kembali ke Camp Nou.
"Sudah tentu kami mahu melihatnya kembali," katanya.
"Namun, ia bukan sesuatu yang kami kawal. Kami menyerahkannya kepada pihak yang mampu membuat keputusan dan akan melihat perkembangannya dalam tempoh beberapa hari lagi."
Neymar -- yang terlepas saingan Copa America akibat kecederaan buku lali -- masih belum beraksi buat PSG musim ini tatkala masa depannya masih menjadi persoalan.
Penggempur Brazil itu menjadi sasaran peminat PSG ketika aksi di laman sendiri menentang Nimes pada 11 Ogos lalu apabila mempamerkan kain rentang mengkritiknya.
"Dia telah belajar banyak perkara dan melakukan perkara yang betul," tambah Pique.
Neymar menyumbat 34 gol dalam 37 penampilan Ligue 1 walaupun kedua-dua musimnya di Paris dibelenggu masalah kecederaan.
Secara keseluruhan, dia menyumbat 51 gol daripada 58 perlawanan buat PSG yang telah meraih dua kemenangan daripada tiga perlawanan pertama, musim ini.