Pertahanan Barcelona, Gerard Pique, mencadangkan agar sistem bantuan video pengadil (VAR) dilaksanakan dalam pertandingan LaLiga bagi meningkatkan mutu pengadilan.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu menimbulkan kontroversi pada musim ini selepas mempersoalkan taraf pengadilan dalam pertandingan peringkat tertinggi Sepanyol.
Advertisement
Pada Januari lalu, Pique menyuarakan pendapat mengenai pengadilan pro-Real Madrid selepas Barcelona ditewaskan 2-1 oleh Athletic Bilbao ketika perlawanan pertama saingan Copa del Rey.
Dalam perlawanan itu, rayuan penalti Barcelona ditolak dua kali dan menyaksikan Athletic menamatkan permainan dengan sembilan pemain. .
Beberapa bulan selepas itu, Pique telah didenda 3 juta Euro selepas sekali lagi mengeluarkan komen yang kritikal.
Penggunaan VAR telah cuba digunakan dalam pelbagai pertandingan dalam musim ini, termasuk Piala Kelab Dunia.
Selain itu, Bundesliga juga telah membuat keputusan untuk menggunakan VAR dalam saingan musim depan bagi membantu dalam mana-mana keputusan penting.
"Saya pasti VAR dapat membantu meningkatkan mutu pengadilan dalam LaLiga,” kata Pique.
"Mereka perlu lebih cekap mengenal pasti cara untuk menaikkan taraf liga. LaLiga tidak berada di tempat yang sepatutnya,” jelas Pique.