Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique, berikrar mewujudkan saluran media untuk manfaat pemain bola sepak profesional selepas menafikan dia ditangkap kerana memandu laju.
Kelmarin, muncul beberapa gambar pemain antarabangsa Sepanyol itu sedang bercakap dengan polis melalui tingkap keretanya di bahu jalan utama yang sibuk di Catalunya.
Imej itu disiarkan beberapa akhbar versi atas talian yang berpangkalan di United Kingdom, mengatakan Pique ditahan kerana memandu laju dan melulu.
Sambil menegaskan ia dicanangkan oleh paparazzi yang berharap dapat menjual gambar itu, Pique berkata dia bosan dengan laporan salah yang berterusan dibuat dalam beberapa bahagian media.
"Sekarang saya akan terangkan kepada anda bagaimana majoriti akhbar berfungsi hari ini," tulis Pique dalam akaun rasmi Twitter miliknya.
"1. Paparazzi mengambil gambar anda bercakap dengan Mossos d'Esquadra (pasukan polis Catalan).
"2. Paparazzi ini menambah bahawa saya telah memandu 190km/j dan mendapat enam mata pada lesen saya untuk menjual gambar-gambar itu dengan 1,500 euro (RM7,266). Semua itu palsu.
"3. Media Inggeris membeli gambar itu tanpa mengambil kira kebenaran cerita.
"4. Majoriti daripada media di negara ini menyiarkan berita tanpa mengesahkan maklumat. Semuanya untuk mendapat lebih banyak klik.
"5. Kerosakan itu telah dilakukan dan tiada siapa yang melakukan apa-apa untuk mengubah dinamik ini.
"6. Objektif saya dalam beberapa bulan akan datang adalah untuk mewujudkan satu saluran komunikasi yang berbeza, benar, sahih dan untuk pemain. Saya bosan."
Pique kembali menjalani latihan bersama Barca minggu ini menjelang perlawanan terakhir LaLiga menentang Eibar, awal pagi nanti.
Skuad Luis Enrique akan menerima kunjungan Eibar di Camp Nou dengan mengharapkan kemenangan dan kekalahan buat Real Madrid di Malaga bagi menjuarai musim ketiga berturut-turut.