Gerard Pique berkata bilik persalinan Barcelona tetap bersatu walaupun juara LaLiga itu menerima tamparan hebat minggu ini susulan disingkirkan oleh Athletic Bilbao dalam saingan Copa del Rey.
Kekalahan 1-0 di tangan Bilbao menyaksikan Barca tersingkir daripada suku akhir, sekali gus terlepas peluang untuk memperbaiki pencapaian 30 kali meraih kejuaraan itu.
Sebelum ini, situasi tegang melanda Barcelona selepas pengarah bola sepak kelab itu, Eric Abidal, mempersoalkan usaha seluruh pasukan ketika di bawah kendalian Ernesto Valverde sehingga membuatkan bintang utama dan kapten, Lionel Messi, berang.
"Ia bukan waktu yang tepat untuk bercakap mengenainya. Bilik persalinan kekal bersatu," kata pertahanan itu.
"Penyingkiran adalah satu tamparan besar dalam bilik persalinan setelah kami beraksi cemerlang dan menunjukkan peningkatan."
"Kami harus fokus untuk beraksi dan mencapai kemenangan. Kami perlu kembali ke landasan kemenangan. Pemain memiliki kemampuan untuk meraih kemenangan dan kami berusaha mencapainya setiap hari, mendapatkan keserasian dalam perlawanan."
Tatkala kejuaraan LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah masih mampu diraih, Pique menambah: "Terdapat keyakinan yang diperlukan serta bakat hebat untuk menjulang dua trofi yang ada."
Pique dibawa keluar dalam babak kedua sewaktu aksi di Bilbao itu dan ia tampak seperti kecederaan pangkal paha tetapi dia berkata masalah itu tidak serius.
Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, berkata Barca cuba untuk berada di landasan sebenar selepas mengharungi perlawanan yang patut diakhiri dengan kemenangan mudah.
Messi dan Antoine Griezmann terlepas beberapa peluang sebelum Inaki Williams menanduk masuk gol kemenangan dalam waktu kecederaan.
"Pertama, tahniah buat Bilbao yang mara ke separuh akhir tetapi saya juga berterima kasih kepada peminat Barcelona yang datang. Pemain juga telah menunjukkan semangat dan usaha yang hebat. Bilbao hanya meraih satu peluang dan mereka sempurnakannya," ujar Bartomeu.
Editor: Nafis Abdullah