Skip to main content

Bola Sepak

Pioli tiada alasan selepas Milan kalah

pioli.jpg
Stefano Pioli enggan menjadikan kekeliruan terhadap penggantungan pernyokong dalam perlawanan Serie A sebagai alasan apabila AC Milan tewas mengejut 1-2 kepada Genoa dalam perlawanan Serie A di San Siro malam tadi.

Perlawanan di antara Parma dan SPAL ditangguhkan lebih daripada sejam kerana pihak berkuasa Itali berasakan perlawanan itu perlu dijalankan tanpa penyokong kerana kebimbangan wabak Covid-19.

Milan pula masih tidak mengetahui mengenai perkara itu ketika mereka meninggalkan padang latihan untuk ke San Siro yang kosong.

Ia kerana tiada sebarang penyokong dibenarkan untuk menyaksikan sebarang acara sukan sehingga 13 April ini.

Bagaimanapun, Pioli, yang mendapat sokongan kelab itu menerusi ketua pegawai, Zvonimir Boban, untuk meneruskan tugasnya, tidak mahu menjadikan situasi itu sebagai alasan pasukannya gagal beraksi baik.

"Amat jelas, bermain tanpa penonton bukanlah bola sepak. Ia kebenaran buat semua pasukan, terutama buat tuan rumah," katanya kepada DAZN.

"Selain itu, kami memiliki peluang untuk membuktikan kualiti kami, bahawa kami mempunyai kekuatan untuk menangani segala isu dan masih boleh memenanginya.

"Tetapi kami tidak menang dan ia sememangnya kesilapan kami sendiri.

"Apabila kami meninggalkan padang latihan dan menaiki bas untuk ke sini, Parma-Spal masih belum memulakan permianan dan kami tidak tahu apa yang berlaku.

"Amat jelas, ia tidak mebantu tetapi kami berada dalam situasi yang sama dengan pihak lawan.

"Jadi, sekali lagi, ia tidak boleh digunakan sebagai alasan.

"Mengenai sama ada Serie A wajar diteruskan atau tidak, terdapat orang lain yang lebih arif mengenainya daripada saya.

"Kami tidak memerlukan sebarang alasan atau penilaian, bukan kerana bermain di venue tertutup, bukan mengenai kesukaran kelab atau perdebatan lain.

"Kami memerlukan lebih keazaman dalam beberapa kunci utama sepanjang perlawanan.

"Kami tiada alasan, kami fikir kami mampu melakukan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding ini.

"Amat sukar untuk berkata yang anda tidak bermain baik dan menghabiskan kebanyakan masa di bahagian lawan dan melakukan 22 percubaan.

"Tetapi ia juga situasi di luar jangkaan daripada lawan kami.

"Kami gagal untuk membuktikan kesungguhan kami pada masa yang tepat dan ia tiada kaitan dengan bermain di venue tertutup atau kekalutan dalam kelab ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video