UEL
Pioli puji Hauge jaringkan gol kemenangan Milan
Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli, memuji Jens Petter Hauge selepas pemain itu menjaringkan gol kemenangan ke atas Sparta Prague dalam Liga Europa awal pagi tadi.
Jaringan Hauge dalam separuh masa pertama menyaksikan Milan menewaskan Sparta 1-0, sekali gus muncul pasukan teratas Kumpulan H.
Pemain berusia 21 tahun itu memperdayakan Tomas Wiesner dengan aksi 'nutmeg' sebelum melakukan penyudah rendah ke gawang Milan Heca.
Iklan
Hauge -- yang menjadi pemain termuda Serie A menjaringkan empat gol dalam kesemua kejohanan musim 2020-21 -- telah menjaringkan empat gol sejak tiba daripada pasukan Norway, Bodo/Glimt pada awal musim ini dan Pioli memuji pemain tengah itu.
Apabila kami berdepan Hauge sebagai lawan, dia telah membuktikan apa yang boleh dilakukannya, jadi kami berharap dia dapat meneruskan prestasi seperti itu bersama kami," katanya kepada Sky Sport Italia.4 - Among the Serie A players, Jens Petter #Hauge (1999) is the younger with 4+ goals scored in all competitions 2020/21. Flames. #SpartaPragaMilan #SpartaMilan— OptaPaolo (@OptaPaolo) December 10, 2020
"Dia masih belum sempurna, jadi saya boleh meningkatkannya lagi dan kami gembira dengan prestasinya.
"Saya fikir kemahiran terbaiknya adalah dalam situasi satu lawan satu. Dia pantas apabila memiliki bola daripada ketika tidak memiliki bola tetapi saya fikir dia perlu menggilirkannya dan memperbaiki larian di belakang pertahanan untuk mendapatkan bola. Dia tidak boleh selalu menghadapi lawan secara berdepan.
"Dia mempunyai banyak perkara untuk diperbaiki seperti fokusnya ketika bertahan selama 90 minit tetapi kami dapat melihat kualitinya dan kelab ini melakukan sesuatu yang amat baik untuk menandatangani prospek yang amat menarik ini," katanya.
Milan, yang merupakan pendahului Serie A musim ini, masih belum tewas sebanyak 18 perlawanan di laman lawan dalam kesemua kejohanan dan ia kali pertama berlaku sejak Mac 1993.
— AC Milan (@acmilan) December 10, 2020
Must-Watch Video