Stefano Pioli memahami Milan bergelut menangani krisis kecederaan selepas sekali lagi tewas dalam saingan Serie A.
Milan tewas 1-0 di laman sendiri kepada Napoli semalam menerusi jaringan Matteo Politano dalam separuh masa kedua, pemain pinjaman dari Inter meledak gol keempat dalam lapan perlawanan.
Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Pioli ketinggalan sembilan mata di belakang Inter, selepas mendahului puncak liga sejak bulan yang lalu.
Milan sekali lagi tanpa Zlatan Ibrahimovic bertemu Napoli, sama dengan Mario Mandzukic, sementara Ante Rebic dan Hakan Calhanoglu turut diketepikan.
Rossoneri gagal menembusi David Ospina daripada lima percubaan tepat, namun Pioli menyatakan Inter dan Juventus akan bergelut jika tanpa pemain utama mereka.
"Apabila anda tanpa ramai pemain, ia mengubah keputusan perlawanan, terutama mereka adalah pemain berpengalaman dan memiliki kepimpinan.
"Kami perlu mengharungi perlawanan tanpa penyerang tengah, berdasarkan apa yang dipamerkan, mereka berhak dipuji.
"Cuba bayangkan Inter tanpa [Romelu] Lukaku, Lautaro [Martinez] atau [Alexis] Sanchez; dan Juventus tanpa [Cristiano] Ronaldo, [Alvaro] Morata atau [Federico] Chiesa.
"Kami menjalani lebih dari separuh musim tanpa Zlatan, sementara Rebic dan Calhanoglu juga cedera dalam jangka masa yang lama.
"Sepanjang minggu kami menunjukkan bahawa ini bukan hanya pasukan yang kuat, tetapi pasukan yang istimewa. Malangnya, tidak cukup malam ini."

The new #SerieATIM League Table! ?
— Lega Serie A (@SerieA_EN) March 14, 2021
How is your team doing? ? ?#WeAreCalcio pic.twitter.com/t9it2oLCBS