Skip to main content

Bola Sepak

Piala XCRIIM 2025: Arif Aiman jadi idola peserta-peserta cilik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dado.jpg
Tak semua individu lahir dengan bakat menjadi pemain bola sepak, ada yang menonjol kerana kelebihan semula jadi dan ada juga yang menyerlah hasil kerja keras berterusan.

Tetapi kedua-duanya adalah aspek penting dalam membentuk seseorang pemain menjadi lebih profesional dan membawa mereka ke peringkat lebih tinggi.

Muhammad Danish Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Dado, merupakan anak jati Ipoh, Perak, yang tampil menyerlah dalam saingan B-10 kerana bakat semula jadi yang dimiliki.

Sejak peringkat kumpulan, Dado telah pamerkan kebolehan menggelecek dan rembatan yang luar biasa, sekali gus membawa ATM Gladiators ke pentas akhir.

"Saya mula main bola sebab nak jadi macam Cristiano Ronaldo.

"Saya akan berlatih empat kali seminggu. 

"Saya meminati Arif Aiman sebab dia laju dan berkemahiran tinggi, Cristiano Ronaldo pula sebab badannya besar dan sepakannya kuat.




"Saya harap satu hari nanti dapat mewakili negara dan bawa Malaysia ke Piala Dunia, Malaysia boleh!," katanya. 

Berbeza bagi pemain cilik berumur 9 tahun ini, Muhammad Qasha Firhan Mohd Firdaus, daripada pasukan DRZ Tambun A.

Bukan pemain paling menonjol tetapi muncul sebagai watak penting dalam pasukan menerusi kerja keras yang ditampilkan.

Dia menjadikan larian sejauh 5 kilometer dua hari sekali sebagai rutin, anak kedua dari tiga beradik ini melaungkan hasrat mahu mewakili negara satu hari nanti, sama seperti idolanya, Arif Aiman Hanapi.

"Hari Sabtu dan Ahad saya akan berlatih bola sepak. 




"Hari biasa saya melakukan larian dengan ayah saya sejauh 5km," katanya. 

"Kalau tiada latihan hujung minggu, saya akan berlatih dengannya. 

"Dua hari seminggu kalau ada ruang, saya akan pilih program latihannya, diselang-seli dengan program persekolahan. 

"Tapi latihan mininum selama 45 minit tanpa henti. Saya rasa latihan ini sesuai untuk perkembangannya sebab bola sepak memerlukan kekuatan dan kecergasan," kata bapanya, Firdaus Osman.

 

Advertisement

Must Watch Video