Skip to main content

Bola Sepak

Piala Super UEFA: Atletico tawan jiran Real Madrid

saul.jpg
REAL MADRID 2 ATLETICO MADRID 4 
(Atletico menang dalam masa tambahan) 

Diego Simeone menjadi jurulatih Atletico Madrid yang paling berjaya selepas memenangi gelaran utama ketujuh.


Pengurus berbangsa Argentina itu menjalani hukuman penggantungan ketika Atleti mengalahkan seteru setempat, Real Madrid, 4-2 dalam masa tambahan Piala Super UEFA di Tallinn, Estonia, awal pagi tadi. 

Diego Costa meledak dua gol untuk Atletico menyusuli kejayaan Liga Europa dengan merangkul gelaran pertama musim 2018-19 sambil Saul Niguez dan Koke memuktamadkan kemenangan dalam masa tambahan.

Simeone membantu Atletico mengulangi kejayaan 2012 selain gelaran Copa del Rey dan Supercopa de Espana sejak dia mengambil alih jawatan itu tujuh tahun lalu.

Kejuaraan terbesar Atleti di bawah bimbingan Simeone adalah ketika meraih trofi La Liga pada 2014 dan mereka kelihatan sekali lagi bersedia untuk mencabar Madrid dan Barcelona.

Kejayaan Liga Europa musim lalu adalah yang kedua di bawah Simeone untuk melangkaui rekod enam gelaran yang dikumpulkan Luis Aragones selepas mengemudi kelab itu dalam empat era berbeza. 

Dia juga muncul pengurus pertama Atletico yang memenangi perlawanan akhir ketika berdepan Real Madrid dalam tiga pertandingan berbeza menerusi kejayaan Copa del Rey, Supercopa de Espana dan Piala Super UEFA.

Julen Lopetegui sebaliknya menjadi jurulatih sulung Madrid yang tewas dalam aksi kompetitif pertamanya sejak Bernd Schuster pada 2007.

Lopetegui juga merupakan jurulatih pertama Real Madrid yang dibolosi empat gol atau lebih dalam sentuhan pertama aksi kompetitif sejak Michael Keeping ketika menentang Celta Vigo, 60 tahun lalu.

Advertisement

Must Watch Video