Hampir 'dua musim' di Terengganu, Manuel Ott ternyata sudah jatuh hati dengan kehidupan di Negeri Pantai Timur itu.
Pemain kebangsaan Filipina kelahiran Jerman itu kembali menyarung jersi hitam putih pada musim ini selepas semusim berkelana ke Kedah Darul Aman.
Maka tidak hairanlah ketika disoal mengenai makanan kegemarannya, Ott lebih meminati nasi dagang dan keropok lekor berbanding makanan tradisi di Filipina seperti chicken adobo dan lumpia.
Malah, Sultan Mizan Stadium dan Pasar Payang menjadi pilihan pemain tengah berumur 32 tahun itu ketika dia ditemu bual di laman sosial X, Asean United, bersempena pertembungan dengan kelab Thailand, BG Pathum, dalam Piala Shopee Kelab ASEAN di Bangkok malam ini.

When you're Manny Ott and have to pick ?? or ??#ShopeeCup#ASEANUtdFC pic.twitter.com/H2KN3mINZ2
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) February 5, 2025