TERENGGANU 6 PDRM 1
Juara bertahan Piala Presiden, Terengganu FC (TFC) III, mencerahkan peluang ke suku akhir selepas membenam PDRM 6-1 dalam aksi Kumpulan B di Kuala Terengganu, petang tadi.
Tuan rumah tampil garang dan mula menguji kubu PDRM menerusi percubaan Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob dari dalam kotak penalti pada minit ke-12.
PDRM memperkemaskan rentak dan melancarkan serangan balas yang menyaksikan sepakan Muhammad Ezzrin Salman pada minit ke-20 sekadar melencong ke sebelah tepi.
Hasrat TFC III untuk memecahkan kebuntuan sebelum rehat tidak kesampaian apabila sepakan leret Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali terkena tiang pada minit ke-33.
Gol yang dicari-cari skuad tuan rumah terhasil pada minit ke-49 melalui Syafiq Danial Romzi yang menanduk kemas sepakan percuma Amirul Syazwan Nor Azmi dari sebelah kanan.
Penyerang PDRM, Muhd Khaizuran Putera, hampir mengejutkan tuan rumah, namun sepakannya dari jarak dekat ditepis Syed Muhd Nasrullah Syed Bidin pada minit ke-63.
Kesempatan itu diambil Wan Muhammad Fazli (m-65) sebelum Syaiful Haqim Shahrul menyudahkan penalti untuk menjarakkan kedudukan 3-0 buat TFC III (m-69).
PDRM mengurangkan defisit gol pada minit ke-71 selepas sepakan percuma Khaizuran menerjah jaring gol TFC III buat kali pertama.
Wan Muhammad Fazli mencetak gol kedua peribadi menerusi tolakan mudah pada minit ke-74 dan kedudukan menjadi 5-1 hasil jaringan Muhammad Abdullah, dua minit kemudian.
Kemenangan 6-1 dilengkapkan pemain gantian, Zul Fahmi Zunaidi (m-82) untuk mengekalkan kedudukan TFC III di tangga ketiga dengan 30 mata sambil saingan berbaki enam perlawanan.