Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala Negara-Negara Afrika: Salah cetus kemenangan Mesir

salah.jpg
MESIR 2 CONGO 0

Mesir menempah laluan ke pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika hasil kemenangan 2-0 ke atas Congo sambil Mohamed Salah turut mencetak nama selaku penjaring. 


Walaupun Congo turut memiliki peluang mengancam tuan rumah, namun skuad kendalian Javier Aguirre itu sememangnya berhak untuk merakam kemenangan untuk mara ke peringkat seterusnya sementara seteru mereka itu berdepan penyingkiran awal.

Percubaan Marcel Tisserand dan Jonathan Bolingi sempat singgah di tiang untuk menyusuli gol pembukaan Ahmed Elmohamady dalam babak pertama sementara Salah melebarkan kedudukan sebelum rehat.

The Leopards kelihatan lebih mengancam dalam separuh masa kedua, namun Mesir terus kental mempertahankan kelebihan mereka untuk meraih kemenangan itu.

Ini bermakna Congo kini bergantung harap untuk lolos dengan muncul sebagai salah sebuah pasukan ketiga terbaik peringkat kumpulan. 

Congo memulakan aksi dengan baik dan dan sepatutnya menjaringkan gol pada minit ke-10 tetapi sentuhan terakhir Tisserand dari jarak dekat terkena terkena palang. 

Mesir mengambil kesempatan itu 15 minit kemudian -- Congo gagal mematahkan hantaran silang Salah untuk Elmohamady menolak masuk gol dari jarak tujuh ela. 

Palang sekali lagi menjadi penyelamat Mesir untuk mengecewakan Bolingi pada lewat babak pertama.

Mesir menghukum ketumpulan lawan mereka itu apabila Trezeguet dengan cemerlang memperdayakan tiga lawannya di kawasan sendiri sebelum meluru ke depan dan memberi umpanan kepada Salah yang melakukan tolakan ke sudut bawah kanan pintu gol. 

Congo melancarkan asakan bertali arus selepas rehat dan hampir merapatkan jurang selepas sejam perlawanan -- sepakan Bolingi sekadar melintasi muka pintu gol. 

Tandukan Christian Luyindama turut dipatahkan ketika 11 minit menuju masa kecederaan, disusuli sepakan percuma Yannick Bolasie yang sekadar sipi.

Advertisement

Must Watch Video