Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala Negara-Negara Afrika: Rohr waspada ancaman Burundi

gernot-rohr.jpg
Gernot Rohr memberi amaran kepada Nigeria supaya berwaspada dengan kebolehan pasukan yang membuat penampilan sulung dalam Piala Negara-Negara Afrika, Burundi, daripada menjadi penghalang usaha mereka muncul juara buat kali keempat.

The Super Eagles merangkul gelaran ketiga enam tahun lalu tetapi gagal untuk layak beraksi dalam dua edisi terdahulu.

Selepas mengepalai kumpulan kelayakan yang melibatkan pasukan seperti Afrika Selatan, Libya dan Seychelles, Nigeria kini dilihat sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara seiring dengan Mesir.

Tetapi kekalahan 1-0 kepada Senegal dalam aksi persahabatan memberikan tamparan buat skuad bimbingan Rohr itu dan pengendali veteran berkenaan menasihatkan pasukannya supaya berwaspada
dengan ancaman Burundi.

"Menewaskan Burundi dala aksi pertama akan membantu menyeimbangkan pasukan," kata Rohr.

"Tetapi kami menyedari semua pasukan akan berusaha mengejar gelaran yang sama, jadi Burundi tidak akan dilihat sebagai perlawanan yang mudah."

Burundi merupakan satu daripada tiga pasukan yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan tahun ini bersama-sama Mauritania dan lawan pusingan round-robin, Madagascar, sementara Guinea beraksi dalam Kumpulan B.

Rekod tujuh perlawanan tanpa kalah Burundi berakhir dalam aksi pemanas badan apabila tewas 2-1 kepada Tunisia.

"Kami sudah bersedia berdepan mana-mana lawan di Mesir.

"Sasaran utama saya adalah memastikan pasukan bermain sebagai satu unit dan memenangi perlawanan berdepan Burundi.

"Memenangi perlawanan pertama penting buat kami kerana ia akan melonjakkan tahap keyakinan pasukan."
 

Advertisement

Must Watch Video