Pengendali Mesir, Javier Aguirre, tidak percaya kehadiran semula Amr Warda ke dalam skuad kendaliannya itu akan memberikan kesan negatif kepada cabaran pasukannya dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika.
Pemain berusia 25 tahun itu digantung awal minggu ini selepas pendedahan perbualannya dengan beberapa wanita di media sosial.
Dia terlepas kemenangan ke atas Congo dalam aksi kumpulan A, Rabu lalu, di mana keputusan itu mengesahkan kemaraan Mesir ke pusingan kalah mati tetapi penggantungan itu dikurangkan dan boleh beraksi menjelang berdepan Uganda, aksi awal pagi esok.
Mesir hanya memerlukan satu mata ketika berdepan Uganda untuk muncul juara kumpulan dan Aguirre yakin kehadiran semula Warda tidak mengganggu usaha pasukannya menjuarai kejohanan itu buat kali kelapan.
"Insiden Warda tidak akan menyekat sokongan peminat dalam aksi akan datang dan saya tidak takut pemain diserang penyokong ketika berdepan Uganda," katanya.
"Ia tidak memberi kesan kepada pasukan atau sasaran utama kami untuk memenangi perlawanan ketiga berturut-turut dalam kejohanan."
Aguirre juga menegaskan dia tidak kisah siapa lawan menanti dalam pusingan 16 dan mendedahkan akan melakukan pertukaran dalam kesebelasan utama menjelang pertemuan dengan anak buah Sebastien Desabre itu.
"Kami akan melakukan satu atau dua perubahan berdepan Uganda," tambahnya.
"Saya tidak fikir siapa lawan kami dalam pusingan 16 kerana fokus kami adalah menundukkan Uganda dan akan meneliti lawan seterusnya selepas itu.
"Uganda adalah pasukan yang kuat dan diuruskan dengan baik. Mereka memiliki semangat tinggi sepanjang 90 minit. Saya rasa ia bakal menjadi perlawanan yang sukar."
Uganda pula hanya memerlukan satu mata untuk layak ke pusingan 16 selepas mengutip empat mata dalam dua aksi awal berdepan Congo dan Zimbabwe. Namun, Desabre menegaskan pasukan bimbingannya mahu mengejar tiga mata.
"Kami akan beraksi untuk menang dan layak selaku juara kumpulan," katanya.
"Saya tahu ia akan menjadi sukar tetapi kami sudah bersedia untuk berdepan cabaran.
"Kehadiran peminat akan memberi suntikan buat Mesir tetapi ia tidak menghalang kami daripada tampil dengan aksi terbaik dan melakar kejutan."