UGANDA 0 SENEGAL 1
Jaringan tunggal Sadio Mane membawa Senegal ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Uganda 1-0 di Kaherah, awal pagi tadi.
Bintang Liverpool itu menyasarkan lebih banyak trofi selepas membantu kelabnya menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah dan jaringannya dalam babak pertama membantu negaranya melepasi lawan sukar berkenaan.
Mane gagal menyudahkan sepakan penalti dalam babak kedua, namun penyudah kemasnya sebelum itu terbukti sudah memadai.
Senegal, yang meraih lapan kemenangan daripada sembilan perlawanan terakhir, akan berdepan Benin, yang mengejutkan Maghribi dengan kemenangan penentuan penalti 4-1 selepas terikat 1-1, dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.
Seperti petanda mengenai kemenangan itu, penjaga gol Uganda, Denis Onyango, berlari keluar dari kawasan penaltinya untuk melakukan terjahan ke atas Ismaila Sarr pada awal perlawanan.
Senegal memohon kad merah dilayangkan daripada pengadil, namun penjaga gol itu hanya menerima kad kuning.
Uganda, naib juara edisi 1978, ketinggalan pada minit ke-15 apabil Mane meluru masuk ke dalam kotak penalti dan menewaskan Onyango dengan sepakan kaki kiri rendah ke arah penjuru kanan bawah.
Farouk Miya sekali-sekali mendatangkan ancaman daripada pihak Uganda, namun mereka kekurangan penyudah berkesan dan hampir ketinggalan 2-0 menuju sejam perlawanan.
Onyango melakukan kesilapan dalam kotak penalti apabila menjatuhkan Mane dan hampir-hampir dilayangkan kad kuning kedua.
Mane sekali lagi menyasarkan bola itu ke penjuru kanan, namun Onyango dapat membacanya dengan baik untuk menolak keluar bola berkenaan.
Kegagalan itu hampir membawa padah buat Senegal apabila sepakan percuma Allan Kateregga dari jarak 30 ela hampir menemui sasaran.
Bola itu menuju ke sebelah kanan gawang Alfred Gomis, namun penjaga gol itu bertindak tangkas untuk menyelamatkan keadaan.