ALGERIA 3 GUINEA 0
Riyad Mahrez meledak jaringan ketika membantu Algeria mengatasi Guinea 3-0 dalam aksi pusingan 16, Piala Negara-Negara Afrika.
Skuad kendalian Djamel Belmadi itu, yang masih belum dibolosi sepanjang saingan kali ini, mudah untuk mengatasi lawan di Kaherah, pagi tadi.
Youcef Belaili membuka jaringan pada minit ke-24 dan Mahrez menggandakan jaringan dalam separuh masa kedua sebelum Adam Ounas mengambil giliran pada minit ke-82.
Algeria hanya membenarkan Guinea melakukan satu percubaan tepat ke sasaran sepanjang permainan selepas mereka kini dilihat sebagai pilihan untuk menjulang kejuaraan selepas Maghribi dan Mesir tersingkir.
Baghdad Bounedjah terlepas peluang keemasan untuk membuka jaringan pada minit ke-20 apabila percubaannya sekadar terkena tiang gol.
Bounedjah, bagaimanapun, memperbetulkan kesilapannya apabila melakukan hantaran untuk Belaili membuka jaringan menewaskan penjaga gol, Ibrahim Kone.
Rembatan deras penyerang Guinea, Mohamed Camara, hampir mengejutkan Rais M'bolhi, namun tekanan yang diberikan sekadar bertahan hingga minit ke-57 apabila Mahrez bijak melintasi Issiaga Sylla sebelum menewaskan Kone.
Pemain gantian, Ounas, melengkapkan kemenangan Algeria selepas berjaya menyumbat masuk hantaran silang Youcef Atal dari sayap kanan, sekali gus memastikan slot ke suku akhir dengan penuh bergaya.