Pengendali Algeria, Djamel Belmadi, mahu pasukannya turun dengan kekuatan penuh berdepan Tanzania tatkala anak buahnya yang kini berada di prestasi terbaik mahu melakar satu lagi kemenangan dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika.
Skuad The Desert Foxes itu menundukkan pasukan gergasi dalam kejohanan, Senegal, 1-0 ketika aksi sebelum ini dan kini di posisi terbaik untuk mengungguli saingan getir Kumpulan C.
Hanya kegagalan mencapai kemenangan ke atas Tanzania akan menafikan peluang anak buah Belmadi itu setelah memulakan saingan dengan kemenangan 2-0 ke atas Kenya.
Algeria dilihat memberi cabaran serius bagi menggapai kejuaraan benua itu buat kali kedua dan akan menggunakan semua peluang di Kaherah awal pagi esok tatkala kapten, Riyad Mahrez, dijangka berada dalam kesebelasan utama.
"Kami menghormati Tanzania tetapi ia tidak bermakna kami tidak akan turun dengan kekuatan penuh," ujar Belmadi.
"Kami telah menundukkan pasukan nombor satu di Afrika, Senegal.
"Tidak melepaskan sebarang gol membuktikan kekuatan kami tetapi jika sebuah pasukan memenangi empat atau lima perlawanan dengan keputusan 3-2 sebelum meraih trofi, saya terima."
Algeria kini sudah mengesahkan tempat dalam saingan kalah mati tidak kira apa jua berlaku awal pagi esok sambil Tanzania hanya turun untuk mempertahankan maruah selepas mengalami dua kekalahan sebelum ini.
"Kami akan berdepan Tanzania dalam keadaan selesa dan mahu melangkah jauh dalam kejohanan ini," kata Mahrez.
"Saya diperlukan untuk tampil berbeza tetapi ia tidak berlaku tanpa rakan sepasukan. Belmadi mengusahakan bahagian taktikal dan itu perkara yang kami tiada sebelum ini."